GLENMARIE, di mana terletaknya himpunan showroom & pusat
servis kenderaan dari pelbagai jenama kereta tempatan, Japan, Korea,
China, Eropah, Recon dan lain-lain. Lokasi strategik terletak di
tengah-tengah antara Subang Jaya, Shah Alam, USJ dan Kelana Jaya
menjadikan Glenmarie sebagai tumpuan syarikat-syarikat pengeluar
kenderaan dan menjadikan Glenmarie sebagai pusat automotif negara.
Antara yang ada di sana adalah showroom Volkswagon, Volvo, Audi,
Porsche, Proton, Lamborghini, Kia, Perodua, Honda, Mazda, Skoda,
Mercedes
Benz, Hyundai, Peugeot, Mitsubishi, Jaguar, Chery, EON HQ, BMW, MINI,
beberapa showroom kenderaan Recon, dan terbaru sekali dijangkakan akan
dibuka pertengahan tahun ini, iaitu 'House of R3'!!!.
Jenama R3 memang tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat sukan
automotif negara terutamanya pengguna kereta Proton. Badan 'tuner'
Proton ini yang diasaskan oleh
Tengku Djan Ley, drifter terkemuka
Asia, telah berjaya memikat hati ramai peminat sukan permotoran
tempatan dengan produk-produknya yang unik dan tersendiri. Ini merupakan
salah satu usaha mereka untuk menaikkan lagi nama R3 & Proton
Motorsports memandangkan jenama dan permintaannya semakin menggalakkan.
Antara
yang akan anda boleh dapati di sana adalah barangan-barangan tulen
buatan R3 seperti
aksesori kereta, body kit, sport rim, performance parts, cenderahati,
t-shirt dan banyak lagi. Usaha untuk membuka 'House of R3' ini sudah
lama dirancang dan akhirnya ia bakal direalisasikan tak lama lagi. Ini
pastinya merupakan satu berita gembira buat peminat-peminat dan pengguna
R3, kerana sebelum ini mereka mungkin lebih mudah mendapatkan badge R3
atau barangan-barangan R3 lain di kedai-kedai aksesori kereta seperti '
Brothers' dan lain-lain.
Setakat ni, ini sahaja info yang dapat saya kongsikan mengenai 'House of
R3' ini. Sekiranya ada apa-apa berita lain akan saya updatekan
kemudian. So sama-sama kita doakan 'House of R3' ini cepat dibuka dan
seterusnya memajukan lagi industri permotoran tempatan sekali gus
menaikkan lagi jenama R3 setanding dengan jenama-jenama luar yang lain
seperti
Ralliart, Type-R, TRD, Nismo dan lain-lain. Syabas!!!
No comments:
Post a Comment