Sunday 3 March 2013


DRB-Hicom umum perjanjian kerjasama di antara Proton dan Honda


Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti seketika sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010.
Terkini sejak Proton berada di bawah naungan DRB-Hicom, kerjasama di antara Proton dan syarikat automotif asing kini memasuki fasa baru dengan kenyataan yang dibuat oleh DRB-Hicom kepada Bursa Malaysia hari ini, bahawa Proton telah memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat Honda (Honda Motor Co., Ltd).
Melalui perjanjian tersebut, Proton dan Honda akan meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baharu, serta perkongsian platform dan kemudahan masing-masing. Menurut Proton, perjanjian tersebut menunjukkan potensi kerjasama strategik jangka panjang bersama Honda.
DRB-Hicom menyifatkan peluang menjalinkan kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda sebagai rakan strategik asing Proton akan memberikan kelebihan kepada Proton dan Kumpulan DRB-Hicom untuk berkembang sebagai Pengeluar Peralatan Tulen (OEM), di mana peluang yang ada tidak berkesudahan.
Kerjasama tersebut juga dikatakan bakal memberikan kesan positif terhadap Proton dan Kumpulan DRB-Hicom dalam jangka masa panjang.
p/s : Agak menarik dan mengejutkan pengumuman yang dibuat oleh DRB-Hicom hari ini mengenai kerjasama di antara Proton dan Honda. Tetapi saya masih belum nampak kelebihan yang bakal diperolehi oleh Proton dalam jangka masa panjang melalui kerjasama tersebut.
Adakah Honda sanggup memindahkan teknologi canggihnya kepada Proton, terutamanya dalam membantu Proton membangunkan enjin sendiri? Boleh jadi Proton akan menjenamakan semula kereta buatan Honda, contohnya menggantikan model Perdana dengan Accord.

No comments:

Post a Comment

Selamat datang ke laman arenakereta2u.blogspot.com, diharapkan dengan terbinanya laman web ini dapat memberi sedikit sebanyak info kepada anda berkenaan jual beli kereta. Kepada mereka yang masih mencari-cari kereta, anda telah terjumpa laman yang tepat untuk anda. Biar kami uruskan segala-galanya untuk anda.


Di arenakereta2u.blogspot.com segala urusan jual beli adalah mengikut peraturan jalanraya & JPJ serta diakui SAH & SELAMAT.


Bermasalah dalam Trade In kereta lama anda?

Biar pihak kami yang uruskan untuk anda. Dapatkan ketenangan fikiran yang tak berbelah bahagi. Tiada surcaj akan dikenakan terhadap anda untuk proses trade in.


Hubungi pihak admin arenakereta2u.blogspot.com sekarang untuk keterangan lanjut.


Jom dapatkan kereta idaman anda disini.

Untuk Tempahan dan Pertanyaan Sila hubungi Pegawai Jualan

En Syed Nuqman : 019 - 2407 804